Aku, jujur aku tak pernah merokok. Pernah cuba sekali tapi tak berjaya. Ha3. Sejujurnya lagi aku tak jumpa apa2 motif untuk hisap rokok ni. Kawan2 dan keluarga, ini cuma pendapat dan pengalaman aku dengan rokok dan perokok, "no hard feeling" ye.
Bagi aku, aku tak jumpa langsung alasan untuk aku merokok, melainkan untuk tidak merokok. Pernah jugak tanya kawan2 yang merokok, apa sebab diorang merokok, jawapan yang aku dengar biasanya takde yang munasabah pun, pada akula.
"Dah biasa, kalau tak merokok rasa tak kena, saja2, feel ooo hisap rokok lepas makan". Ha3.
Aku tak pernah larang pun orang nak merokok sebenarnya, kecuali bapak akula sebab aku rasa rokok ni dah mengganggu tahap kesihatan dia. Lagipun aku tau orang yang dah merokok lama ni memang susah nak berenti merokok. Kalau ditanya bahaya merokok ni kepada perokok, diorang pun tau bahayanya. Ha3. Terang2 terpampang gambar risiko merokok kat kotak rokok tu kan. Tapi, tetap jugak nak ambik risiko tu, "unnecessary risk" kata orang jawa yang kerja sebagai doktor.
Jadi, kenapa perokok masih ambik risiko tu, ntah...... diorang je dapat jawab soalan ni. Walau bagaimanapun, risiko tu bukan peroko je yang dapat, orang sekeliling pun kena jugak. "Secondary smoker" kata mat kelantan yang duduk "key ell". Benda ni pun ramai orang tau termasuk akulah. Ha3. Tapi aku masih biarkan diri aku dikelilingi asap rokok. Zalimkan aku. Haishhhhh......
Sebenarnya aku ni serba salah nak tegur, kawan2 kan. Nanti tak berkawan pulak aku, kena cop poyola, sialla bagai. Ha3. Itulah masalahnya. Orang lain isap rokok, orang lain dapat penyakit. Lagipun masing2 dah besar berakal. Kalau budak sekolah rendah yang hisap boleh jugakla aku lempang sedas dua. Ha3, lepastu kena serang pulak dengan bapak dia. Ohhh.... dunia.
Jadi macam mana.
Ok, itu kalau kawan2, kalau orang yang tak kenal pulak macam mana. Ha3. Mau bertumbuk pulak kalau tegur. Ye ke? Ikutla, aku pernah cuba, ada yang ok, paham dan stop atau pergi tempat lain. Ada yang usha aku macam dalam kepala dia cakap, "kecik,besar,kecik,besar je aku tengok mamat ni". Ada jugak yang terang2 nak kan jugak HAK dia merokok. Ha3.
Keluarga dan kawan2. Merokok atau tak anda tetap keluarga dan kawan2 aku. Takkan pasal rokok kita nak masam muka pulak kan. Cuma kalau boleh, berentila merokok. Kalau korang ada 1 alasan untuk merokok aku percaya korang jugak ada 1000 alasan untuk tak merokok. Kalau nak merokok jugak, perhatikanla orang sekeliling yang tak merokok. Carila tempat yang sesuai. Jom kita hargai nilai kesihatan, untuk kita dan orang sekeliling kita.
Dia, dia bukan perokok. Isteri dan anak2. Siapa tak sayang keluarga kan. Untuk kelurga kecik aku ni, aku memang cuba sedaya upaya elakkan diorang daripada asap rokok. Tapi lagi kita cuba elak, lagi tu jugakla dia datang. Biasanya jadi kalau kita makan dekat luar/kedai. Meja sebelah2 ni biasa mesti ada yang merokok. Memang habit kan, lepas makan nak kena hisap rokok tu. "This is the biggest fail" la kalau kami keluar makan.
Kadang2 aku bagitaula dekat perokok berdekatan, yang aku ni bawak keluarga, ada anak2. Ha3. Yang masalahnya dia pun bawak anak jugak. Apala yang nak diharapkan lagi, anak dia pun dia tak kesah, anak kita apakan lagi. Tapi biasanya aku ubah positionla, yang aku rasa boleh bebas asap rokok atau cancel order terus. Pernah jugak mintak dekat tokey kedai favorite kami makan supaya dia buat zon tanpa rokok dan zon rokok. Pada aku ni "win-win situation" la kan. Yang tak merokok boleh makan dengan tenang yang merokok pun boleh bergembira dengan kehidupan diorang. Tapi, tokey kedai pun merokok. Ha3.
Jadi marilah kita sama2 hormati antara satu sama lain. Biar sama2 happy. Kita usahala daripada diri kita sendiri. Semua dah besar berakal, boleh fikir baik dan buruk.
Rokok. Rokok ni macam2 brand ada. Daripada semurah2 harga sampaila semahal2 harga. Aku pernah jumpa foreigner yang kata rokok dari malaysia ni heavy gila sampai dia tak boleh hisap. Pernah jugak jumpa kawan2 malaysia yang cuba rokok luar negara yang sama brand di malaysia kata rokoknya tak rasa apa. Ha3. 1 to 1 comparison ya. Dunhill dengan Dunhill.
Jadi!!!Marilah kita menjaga kesihatan diri dan jugak orang lain. La ni hang tak sakit hang kata hang okla, nanti2 hang dah melepek ataih katil, berak kencin pun orang lain handle, hmmmmmm....... dah terlambat tuan.
Lagi satu, Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Syarak di kebanyakkan negeri di Malaysia menyatakan merokok itu haram.
Sekian.
Klinik berhenti merokok
http://jomquit.moh.gov.my/mquitcenters?lang=ms
Fatwa merokok
http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/3
No comments:
Post a Comment