Saturday, September 7, 2019

EMPLOYER VS EMPLOYEE PART - 2


Part #2

Setelah aku berhenti dari kerja dengan kerajaan, bermulalah karier aku sebagai seorang penganggur. Rutin aku masa ni adalah hantar dan ambik Puan Isteri pergi dan balik kerja. Tak lupa jugak aku dah start cari kerja yang dalam bidang aku masa belajar. Entah berapa banyak resume aku hantar byhand, bypost, e mail etc. Berapa banyak kilang kilang aku jelajah, berapa banyak surat khabar yang ternoda dengan pen merah, biru, hitam dalam usaha aku nak dapatkan pekerjaan. Nampaknya belum ada hasil nak lekat lagi. Yang panggil interview memang ada, boleh tahan jugak jumlahnya. Harapan menggunung setiap kali pergi interview, segala gala yang perlu aku siapkan, tips tips ditemuduga semua ada dalam ingatan, tapi........setiap temuduga yang aku pergi mesti pernyataan ini keluar, “awak tiada pengalaman dalam industri ini” dan “kami akan hubungi awak nanti”. Setiap kali itu jugakla kecewa itu pasti ada. Ha3..... kalau dah bukan rezeki, ko boleh buat kerja tu seribu kali ganda lebih baik pun ko tak dapatla kerja tu. Rezeki geng, kerja Tuhan.




Sampai la suatu hari, saat aku tengah beli makan tengah hari, aku tengok ada satu banner jawatan kosong dekat sebuah kedai jual kereta. Kereta jenama nasional.
Tanpa meletakkan apa apa harapan, aku masuk kedai tu dan tanya pasal jawatan kosong tu. Receptionist tu pun bagi aku borang permohonan jawatan. Katanya nanti dah siap isi bagi balik dekat dia. Sebab banyak sangat requirement, aku bawak balik borang tu. Siapkan isi borang, sediakan semua dokumen yang dia nak dan beberapa hari lepas tu aku hantar balik borang tu dekat kedai. Ingatkan dah hantar tu bolehla terus interview, rupa rupanya receptionist tu cakap “ terima kasih, nanti kami hubungi encik”. Ayat paling aku trauma nak dengar “nanti kami hubungi” tu, memang aku rasa takde harapanla, yela bedasarkan pengalaman sebelum ni kan. Aku pun lupakan je la cerita tu. Selang beberapa hari, diorang telefon aku mintak datang interview. Ohhhhh.....ada rupanya. Aku pun pergila interview, pakaian kemas, fail yang penuh segala sijil apa bagai tu aku bawak, segala ayat penerang hati, pemudah cara, penunduk aku baca. Dalam dok ralit tu ada seorang brader tegur aku, dia pakai uniform kompeni yang aku datang ni la.






Dia tanya aku, “datang interview ke?”. Aku angguk kepala dan senyum dan barula sedar dalam diri aku yang aku tak tau pun position apa aku nak interview ni. Serius, aku tak terfikir pun sebelum ni. Tapi aku gagahkan jugak, tak kisahla position apa janji dapat kerja, kerani pun  boleh. Tak berapa lama lepas tu aku pun masuk bilik bos. Sesi interview pun bermula.

Macam biasa, first sekali mesti kena introduce diri dulu. Aku pun cerita la pasal aku. Fail aku letak atas meja depan bos, dengan harapan dia ambik nak tengok. Kemudian dia pun cerita position kosong tu, “sales advisor” atau penasihat jualan. Senang cerita salesmanla. Sumpah aku tak tau kerja salesman tu macam mana masa tu. Aku iyakan je apa dia cakap. Angguk angguk je. Dia tanya lagi, “berapa gaji ko nak?”, aku ni tak tau langsung pasal industri jual kereta ni, nak letak berapa pun tak tau, tapi dengan konfiden nya aku jawab “RM1500 basic encik”.




Ha3, memang aku konfiden time tu menjawap, yela pikir aku takde experience langsung, idea pasal industri ni pun takde tapi aku rasa cukupla kot nak hidup time tu kan, walaupun kurang separuh dari kerja dulu. Tak kisahla, duduk lama lama pun boring, tak produktif.

“Maaf basic kat sini RM300 je. Semua orang dapat banyak tu je, orang baru ke orang lama ke sama je dapat, RM300, tolak EPF, SOCSO adalag belen lebih kurang RM270 macam tu”.

Ahhhhh sudah, nak makan apa RM270 encik oiiiii. Aku memang pikir nak belah je time tu. Aje gile. Bajang betoi.

“Tapi kami bayar komisen untuk setiap kereta yang kamu jual, bolehla dapat gaji yang kamu nak tu, lebih lagi pun boleh, ikut kamula nak gaji berapa pun, jual je kereta tu.”

“Kamu tengak board tu, tengok nama si polan bin si polan tu, tengok berapa biji dia jual bulan lepas, 20 biji kan, haaaaa... gaji dia bulan ni lebih kurang RM18000. Cukup ?.”

Termenung aku time, kejap RM300, kejap RM270, kejap RM18000. Sebagai orang yang tak pernah langsung terpikir langsung nak dapat mana mana jumlah gaji yang aku tulis tadi, aku memang tak boleh brain langsung masa tu. RM300 sikit sangat, RM18000 banyak sangat. Tak kerja takde duit, kerja, ada duit. Tapi aku nak banyak mana....%^&$$%&*&)(_$@@^%


“Kamu nak kerja tak?”.

“Nak, nak.” Jawab aku dalam pening pening.

“Ok, Isnin minggu depan masuk kerja.”

Itulah pengalaman aku interview dengan seorang pengurus cawangan pusat edar kereta nasional ni. Memang sempoi abis. Tapi yang paling best guys, dia tak usik langsung fail aku tu. Dari mula sampai habis. Tak payah tengok katanya. Hu4



Aku pun mulakan kerja minggu berikutnya.

2 bulan pertama aku kerja, jumlah kereta yang aku jual = 0. Maka merasa la aku gaji RM270 dua bulan tu. Masuk bulan ke 3 aku dah berjaya jual kereta. Maka muka pun ada senyum. Aku tak pernah jual sampai 20 unit sebulan, tapi cukupla untuk aku dan family kecik ni. Memang best kerja kat sini. Rezeki selalu ada, bonus kerap, latihan diorang bagi,kawan kawan best. Aku yang paling muda pulak tu. Nak bersaing dengan diorang memang susah jugak, sebab nama diorang dah established. Jadi kebiasaan customer walk in ni dah ada nama sales advisor yang diorang nak jumpa. Aku kena cari customer baru dan macam macam oranglah aku jumpa.

Bila ko jual kereta, ko kena kenal dengan bank officer yang uruskan hire and purchase pulak. Diorang ni sangat penting bila nak buat loan kereta. Maybank, CIMB, Affin, Public Bank, Bank Rakyat, Bank Islam segala macam bank lagila yang ada buat hire purchase ni. Rasa bertuah  kenal diorang ni, sebab kita boleh belajar Bank punya game pulak. Customer punya profile sangat mempengaruhi kepada bank mana kita nak submit loan. Sebagai seorang sales advisor target kita memang sales la, jadi dengan directkan profile yang betul kepada bank yang betul memang sangat membantu kita untuk dapatkan sale. Contohnya, kalau customer orang kerajaan, bank pilihan pertama mestilah Bank Rakyat, saya mesti pilih, ha ha ha. Kalau student, kita pergi bank islam, yang pentingnya kita tengok dokumen dulu. Kalau customer yang memang profile dia kuat hantar ke bank mana pun takde masalah. Segalanya ada cara. Kita buat sampai jadi. Kalau tak boleh jugak, bukan rezeki ko lah tu. Takde rezeki ko nak pakai kereta, takde rezeki aku nak dapat komisen, bank officer pun takde rezeki jugak sale diorang. Nampak tak rangkaiannya.




Masa aku kerja sini, banyak jugak benefit aku dapat. Memang best. Time tu, CEO kompeni ni anak dia memang kaki drift. Banyak benifit dia sediakan, yang paling best performance bonus 3 bulan sekali, untuk individu dan jugak untuk branch. Pernah sekali branch punya pool bonus boleh bawak kitorang pergi bercuti ke Sarawak satu ofis. Time tu branch tutup 3 hari kot. Ha3. All expense covered kecuali shopping dan masuk tandas awam. Itula pengalaman pertama aku naik kapal terbang. Memang peghakk la orang Perak cakap. Bonus individu pun merasa la jugak.



Sampai satu time, management tukar. Benifit2 bonus ni dia kurangkan sikit, tapi still ok. Tapi pada akula kompeni yang aku kerja ni bahagian kebajikan pekerja dia memang dia utamakan atleast to my point of view lah kan.  Dia punya antara hubungan antara cawangan pun bagus. Aku memang dah suka kerja kat sini.  Merasa la sekali family day kompeni ni dekat Sunway Lagoon. Semua tanggung. Yang tak bestnya sebab, family day ni dia open untuk semua bahagian, edar, manufacturing, rnd, semua semua lah. Penuh lah Sunway Lagoon tu, lebih 20000 orang kot dalam tu masa tu. Memang takde ruang langsung. Penuh sepenuhnya. Tapi apa pun terima kasih kepada semua pengalaman yang diberikan.





Seronok seronok dah, macam semua tempat kerja yang lain benda yang tak best pun ada jugak. Benda paling tak best ialah, meeting setiap pagi isnin. Meeting ni bos akan mintak update kita punya sales. Berapa banyak prospek, berapa banyak dokumen dah collect, berapa banyak dokumen dah submit ke bank, berapa banyak LOU dah keluar, berapa banyak kereta dah register. Ha ha ha........kalau ko awal awal bulan memang dah register 2 ke 3 biji kereta ko boleh senyumla, tapi kalau dah tengah bulan pun krik krik lagi, takde satu pun dokumen ko submit, ko tunggula sindiran sindiran pedas bos. Memang makan dalam babe. Tapi, kadang kadang tu rezeki ko datang memang hujung hujung bulan kan, masa tu memang penatla, kena push dengan bos, kene push dengan kastemer, kita push bank, bank bantai kita pulak, JPJ sistem down  tak boleh nak register, kita push bos pulak nak kan kereta, kastemer push lagi, kita pulak push kastemer so on so on so on cycling again and again.




Customer oh customer. Ni adalah chapter paling penting dalam hidup seorang salesman kereta. Dia punya ragam macam macam. Jiwa memang kene kuat bila mengadap diorang. Customer datang daripada pelbagai lapisan masyarakat, ko kene adjust setiap kali perbezaan tu datang.
Banyak benda tak best bila mengadap customer ni. Terutamanya jenis yang tak dan dan ni. Nak cepat sesaja. Bila loan saya nak approve, bila kereta saya nak sampai, bila kereta saya nak register, bila nak sain agreement bila itu, bila ini.....^*()^&$$@$@^&&*(_))(**(^^$#@@@@#@%$@#%. Pernah sekali, ada seorang perempuan ni nak beli kereta, aku dah berurusan dengan dia habis baik dah, sekali boyfriend die pulak melebih lebih nak itu ini. Loan lambatla.kereta lambatla, nak kensel oder la, nak jumpa bos mengadu pasal aku la, maki hamun aku, sedangkan loan tu loan perempuan tu punya, down payment pun perempuan tu bayar, last last perempuan tu cakap jangan layan laki tu, ater cemana, aku pulak yang tersepit.

Pernah jugak dapat customer yang cerewet ya amat. Mintak free gift macam macam. Mintaknya nak no plet yang takde no 7 dan no4. Aku cakap boleh tapi dia kene beli la no yag dia nak, dah cakap macam tu tak nak pulak la dia beli. Lepastu mintak free gift dah sama nilai dengan komisen yang aku dapat untuk kereta tu, abis tu aku nak makan apa kak. Tapi aku layankan jugak. Rupa rupanya aku dapat tau dia dah try dah dengan kawan kawan aku yang lain, tapi diorang taknak layan, agaknya sebab aku je yang tahan perangai dia, aku la jadi mangsa. Serius dengan dia aku tak buat untung langsung atas kereta dia habis semua dia sapu. Tapi yang lawaknya bila kereta dah register keluar no  plat 7114. Hahahaha habha ha hah a. Dalam hati memang gelak besar aku. Suruh beli taknak. Nasiblakan, takkan no plat pun aku nak payung. Sekali, bila customer servic punya survey keluar nama aku naik, dia report kata aku tipu pasal no plat. Boleh tahanla. Nasib baikla bos aku tau pasal kastemer ni. Jadi takde la kene tiauuuu dengan bos. Kalau nak cerita problem dengan kastemer ni memang banyak sangat, tapi buat apa nak kenang benda buruk sangatkan. Kita kenang benda baik lagi bagus.


Ramai jugak kastemer yang bagus aku jumpa, yang ulang 2 ke 3 kali beli kereta dengan aku, sampai jadi kawan. Yang masih beli kereta dengan aku walaupun aku dah tak kerja dekat situ pun ada. Cikgu, taukey taukey, orang biasa. Timbang rasa memang ada. Kerja macam ni memang seronok la. Diorang memudah kan kerja kita. Ada satu custemer punya la dia dah percaya dengan aku, orang tua, dia nak beli kereta cash/tunai. Sampai dia suruh aku bawak dia pergi bank keluarkan duit RM60 000 dan mintak aku yang bawak duit tu pergi bayar dekat opis. RM60 000 der duit orang, bukan duit aku. Dah la orang tua bila bercakap tu punya la kuat sampai satu bank dengar, naya dol kalau kene rompak. Aku ni punya la gelabah, duit orang der, banyak tu bukan sikit. Tapi dia dengan yakinnya suruh aku bawak. Macam takde perasaan je pakcik tu. Aku ni sampai mintak tolong guard bank escort aku sampai masuk kereta, takut punya pasal. Tapi alhamdulillah semuanya selamat. Duit berbayar, kereta keluar, dan anak anak dia pun beli kereta dengan aku.


Dekat sini, kalau kastemer yang datang tu pakcik pakcik atau makcik makcik aku memang suka. Sebab biasanya kalau diorang beli kereta memang jadi. Memang jenis duit banyak tak pakai sangat. Kawasan aku kerja ni pulak memang terkenal dengan industri pertanian sawit, pisang, padi. Biasanya diorang tak bawak pun payslip tapi bawak resit jualan sawit, pisang atau padi tu. Satu resit boleh RM2000 ke RM3000. Satu bulan 1 ke 3 resit, untuk satu jenis. Itu baru satu kawasan dan satu jenis tanaman, kalau yang jenis bersepah ladang dan bendang tu, korang pikir la sendiri. Kita bukan pemalas okeh.




Di sebalik keseronokan jual kereta ni ada jugak benda tak baik yang jadi. Duit cash depan mata berkepuk kepuk dalam tangan, memang boleh jadi macam macam ok. Ada yang gelap mata dalam keadaan ni. Tepuk dada tanya iman.

Benda benda tak baik yang boleh berlaku masa urusan jual beli kereta ni korang boleh tengok dekat entry aku sebelum ni. link.

https://akimokke.blogspot.com/2018/07/beli-kereta-baru-tapi-bau-hancing.html

Aku kerja dekat sini adala dalam 2 tahun. Dalam masa 2 tahun aku still lagi cari cari kerja lain dalam bidang yang aku nak. Jobstreet memang memanjang le aku tengok, cari kot ada mana mana yang aku boleh cuba. Banyak jugak la yang aku apply. Sampai la satu hari, aku dapat satu panggilan telefon. Minah saleh yang telefon. Terkejut aku minah saleh mana yang nak beli kereta pulak. Aku pun dengarkanla apa yang dia cakap. Katanya dia dari kompeni sekian sekian dan dia nak panggil aku untuk datang untuk interview sekian sekian hari dan dia akan email interview invitation nanti. Aku pun ok kan je la. Hari tu lepas aku balik kerja aku pun cek email. Ada la jemputan tu. Aku pun cekla profile company tu...........ok, bolehla cuba pergi interview tu, mana tau ada rezeki.


Nak di jadikan cerita aku pun diterima masuk kompeni tu. Tapi bersyarat lah. Aku kene join apprenticeship dulu selama 6 bulan. 6 bulan tu ko kene join kelas dan hadap periksa. Kalau gagal ko disqualified. Dalam tempoh tu dia bagi elaun lebih kurang RM1500 tempat tinggal disediakan dan makan minum pun ada sekali.....kecuali makan malam dan hari minggu. Setelah bincang dengan Puan Isteri, kami pun setujula nak terima offer tu. Dengan harapan lepas 6 bulan keadaan akan ok. Dalam 6 bulan tu aku akan weekly husband je la. Nasib baik la tak jauh sangat, kalau drive dalam sejam lebih sikit sampai la destinasi. Aku pun bagitau bos aku offer yang aku dapat dan bagi resign letter, ha ha ha, nampak tak agak profesional sikitkan dah cara aku. Aku akhiri hari hari terakhir aku dengan baik sebagao sales advisor aku. Aku cuba selesaikan semua sale yang aku dapat dan yang aku tak sempat setel aku pas dekat kawan aku mintak dia setelkan. Terima kasih Perusahaan Automobil Nasional atas segala sesuatu yang aku dapat di sini. Banyak benda yang aku dapat. Semoga kamu pergi lebih jauh.


Bulan julai tahun itu aku start perjalanan aku di kompeni baru sebagai pelajar. Cerita dia, ko kena abiskan 2 tahun punya silibus dalam masa 6 bulan. Satu modul ko belajar dalam 2 ke 3 hari dan exam. Time ni memang aku cuba sehabis baikla. Umur pun dah lanjut, dunia belajar pun dah lama aku tinggalkan. Tapi demi mengejar cita cita, aku gagahkan jugakla. Tak stress pun, sebab ko just belajar je, takde dibebankan dengan benda benda lain sangat, Cuma rindu dengan family je la, aku tak biasa tinggalkan diorang sebelum ni. Dari semasa ke semasa wakil kompeni tu akan datang dan bagi briefing tentang rancangan diorang. Memang menarikla. Macam langkah kanan rasanya. Nak cerita panjang panjang pun tak kene sangat dengan topik kerja, sebab life masa ni memang student life je. Jadi aku pendekkan je la. Aku habiskan 6 bulan tu semampu aku dan kompeni meraikan kami dengan meriah bila tamat tempoh apprenticeship tu.


Rumusannya, aku rasa kita ni memang kene banyak bersabar kalau nak capai sesuatu. Ada orang akan dapat apa yang dia nak tu cepat je, ada orang kene tunggu lama, macam aku. Tapi alhamdulillah dapatla jugak merasa. Jadi banyakkan la bersabar walau aku tau memang susah nak sabar, sebab aku pun sampai sekarang kurang sabarnya. Yang penting jangan berhenti mencuba, bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula, ha ha ha ha ha. Lambat ke cepat ke ko usaha je. Orang kata destinasi tu tak penting sangat, yang paling penting tu perjalanan dia. Kata orang la, aku tak kata. Aku kata ko nak ko usaha.

Part berikutnya kita bersamba.



No comments:

Post a Comment

EMPLOYER VS EMPLOYEE PART - 2

Part #2 Setelah aku berhenti dari kerja dengan kerajaan, bermulalah karier aku sebagai seorang penganggur. Rutin aku masa ni adalah h...