Employer vs employee
(GAMBAR HIASAN SEMATA MATA, KALAU ADA OWNER GAMBAR NAK TURUNKAN GAMBAR BAGITAU YA..)
(GAMBAR HIASAN SEMATA MATA, KALAU ADA OWNER GAMBAR NAK TURUNKAN GAMBAR BAGITAU YA..)
Bismillahirrahmanirrahim.....
Setelah sekian masa dunia blogging ni direhatkan, harini aku
nak sambung balik menulis. Takde tajuk sebenarnya Cuma bila tanya Puan Isteri
nak tulis apa, dia kata tulisla pasal kerja, jadi inilah dia.Tajuk di atas
hanya gimik je ye, aku nak ceritakan pengalaman kerja sepanjang hidup aku je.
Yang baik jadikan pengajaran yang buruk jangan ikutla....banyak lagi contoh
baik baik terhidang dalam dunia realiti ni PILIHLA DENGAN BETUL, SALAH PILIH
DAPAT TAIK.
Tapi kerja paling legend aku rasa time budak budak yang kita
semua buat mesti ambik upah pergi kedai
kan. Ha ha ha..... sekali pergi kedai dua kupang sehari 2 ke 3 kali pergi
kedai, untung baiii. Kene pulak time cuti sekolah, segala sedara mara, sepupu
sepapat balik kampung, memang heaven frekuensi pergi kedai pun meningkat.
Pernah sekali aku buat kerja ni masa cuti sekolah, siap boleh kumpul duit beli
jam tangan.
Masuk sekolah menengah aku sekolah asrama, jadi kerja
bermajikan cari duit ni memang boleh buat time cuti sekolah je. Cari duit kat
asrama tu cerita lain,itu dalam tajuk Entrepreneurship di Asrama. Lain kali
kalau aku ingat bolehla tulis bab tu pulak. Kerja kerja yang aku biasa buat
time ni ialah ikut catering kenduri kahwin. Kerja memang best, makan free, duit
dapat, dapat berjalan merata, boleh usha marka, belajar bawak kereta, cari
barang nak masak dekat pasar dan kedai borong dan banyak lagi. Time tu rate
ikut katering ni RM18, ko hidang makan ko kutip pinggan cawan orang, basuh
pinggan, kemas kemas dan segala macam benda lagila yang tokey ko suruh buat.
Kalau ko jadi kepala rate tinggila sikit dalam RM20 ke RM25 macam tu. Jadila
kan buat belanja diri sendiri masa tu. Aku pulak time time ni memang tak berapa
reti pakai duit, jadi biasa duit ni pas kat mak bapak dan adik beradik je.
Habis je SPM, aku still ikut lagi katering ni Cuma jarang
jarangla. Aku kerja dekat kantin sekolah dan kedai makan, dua dua tu tokey yang
sama dengan tokey katering tu. Pagi dari pukul 7 bapak aku hantar pegi sekolah,
dalam pukul 12 ke pukul 1 aku balik rumah jalan kaki. Pukul 3 petang aku jalan
kaki balik pergi kerja kedai makan dan closing dalam pukul 12 malam ke pukul 1
pagi. Ha ha ha time ni memang itula dunia aku, masa tu aku dah target dengan
duit gaji yang aku dapat, nak buat lesen motor. Masa tu lesen motor murah je,
dalam RM180 kalau tak silap aku. Padan la pun dengan apa yang aku dapat sehari
dalam RM30 untuk dua dua kerja tu. Masa tu tak kesah gaji sikit ke tak sebab
aku happy kerja.
Pengalaman kerja kantin sekolah ni pun best jugak. Kerja pun
takla susah mana. Kemas kemas, hidangkan nasi lemak dalam pinggan, mee, bihun,
pas roti, aiskrim, masak masak takla, buang sampah kemas kemas lagi, kadang
kadang buat air untuk cikgu cikgu nak minum. Tapi part paling best sebab dapat
usha ramai marka cun cun. Kat sini aku jumpa adik Azza Elite, kata budak budak
sekolah tu la, tapi memang ada iras iras . Masa tu dia pun baru form 3 kot. Hat
yang ni aku usha ja la tak pernah tegur. Aku pemalu ok. Memang aku usha ja takda
tegur tegur mana mana pun. He he he. Dalam masa yang sama ada satu team budak
lelaki baya baya aku diorang jual air milo. Diorang jual air milo je, memang
laku. Setiap hari abis, SOLD OUT. Aku memang kagum betul dengan diorang masa
tu. Manala diorang dapat modal nak setup barang dan beli barang mentah semua
tu. End up aku dapat tau diorang ada payung besar kot. Ha ha ha takpela rezeki
diorang.
Ok, kerja dekat kedai makan ni memang pengalaman baru untuk
aku masa tu. Tapi memang sangat sangat best. Kat sini function aku dah di
upgrade sikit oleh tokey aku. First sekali, ambik oder, kedua buat air standard
kedai kalau tukang bancuh air takde. Seterusnya sapu sampah, masak masak memang takla, dan kira duit
closing setiap hari. Time ni aku dah nampakla trend orang makan kedai
berdasarkan jumlah kutipan setiap hari. Nampak trend je la tapi tak paham pun.
Masa aku kerja kat sini aku kenal 2 orang indonesia yang kerja sama sama aku.
Sorang tukang masak umur masa tu dekat dekat 50 jugak. Bagus orangnya, sopan
tutur kata, masak sedap, muka memang nampak muda sangat, serius tak macam umur
40an 50an pun, hujung 20an adala. Serius. Aku tanya dia macam mana dapat wajah
macam tu. Katanya, di indonesia nak dapat gula tu payah sangat, mahal untuk
orang orang macam dia, jadi minum tu memang biasa takde gula langsung dan
selalunya minum air masak je la, jadi dia pun dah biasa macam tu. Mungkin sebab
tu la dia awet muda. Okey gaissss, tikus gaisss, tikusssssss.......ha ha ha.
Jadi kalau korang nak awet muda korang kurangkanla manis manis dalam minuman tu
dan lebihkan pulak manis manis dalam senyuman.
Sorang lagi indonesia yang aku kenal ni baya baya akula time
tu. Memang rajin, buat kerja pun laju je. Tapi biasala umur umur abis sekolah
ni kan selalu rebel. Ada la ragam dia. Dengan dia ni la buat aku terjebak
dengar lagu lagu indonesia. Ha ha ha time tu lagu Sephia by SO7 memang tengah
top. Nak beli kaset takde bajet sangat jadi mintak pinjam kaset dia. Mak
aiiiii, dia punya kedekut huuuuuu......siap kene pujuk rayula baru dapat
pinjam. Itupun janji nak pinjam 2 ke 3 hari tak sampai sehari dah mintak balik
ha ha ha. Jadi influence musik aku banyak terkait dengan lagu lagu indonesia
sampai la sekarang ni.
Bila dah further study, life berkerja aku macam limited. Ha
ha ha........aku memang tak kerja langsung kecuali jual bunga time konvo. Masa
ni aku just asah bakat untuk bermulut manis. Nak jual barangkan, mulut kene
manis otak kene laju nak buat attachment dengan customer. Time ni orang tak
berkira sangat la duit ni. Nak bagi pada orang tersayang yang dah grad kan. Apa
ada hal. Sekuntum RM3, 3 kuntum RM15, 7 kuntum RM45 termasuk bear kecik, tapi
yang RM45 ni la yang paling senang jual. Just kena yakinkan orang beli dengan
kita sebab ramai lagi orang jual benda yang sama Cuma dia nak beli dengan
siapa. Strategi paling ampuh nak orang beli barang kita senang je, “puji
pujian”, ni jaring yang sentiasa dapat hasil kalau kita guna. Time konvo ni,
biasanya orang dalam mood yang baik, dan memang dah ready nak spend duit. Kita
je kene elevate lagi dia punya excitement tu dengan perkataan yang menambat
jiwa, wahahaha....... tapi nak puji pun kene berpada padalah. Silap gaya kene
sembur jugak.
Setakat ini Moral of the story di sini, kalau ko happy kerja
takde masalah pun ko nak kerja extra hours apa bagai, underpaid ke apa ke,
kerja lagi teruk daripada bangla ke,lagi pulak tokey aku time tu memang best
tak berkira sangat, tahan telinga je . Tapi ni life sebelum ada komitmenla ye.
Bila dah ada komitmen ia bertukar secara drastiknya sampai aku pun tak sangka
yang aku dah berubah.
Aku mulakan kerjaya rasmi aku sebagai seorang tenaga
pengajar di salah sebuah insitusi pendidikan awam beroientasikan hands on.
Hmmmmmmm......... ok, secara jujurnya kerja ni memang bukan pilihan, aku memang
tak berminat mengajar tapi buat jugak sebab ada scholarship bond. Niat aku
memang nak sambung belajar lagi, nak tangguhkan pun tak tau macam mana nak
buat, jadi just follow the flow .
(aku bukan pekerja yang baik, biasa kene buat surat tunjuk
sebab, biasa dapat warning letter, biasa mengadap bos,biasa kene kutuk dengan
kawan kawan sebab diorang pekerja cemerlang, punch kad biasa merah, hari hari
rasa tak nak pergi kerja, keyakinan diri kurang, kerja selalu pending, macam
macam la)
Awal awal tu aku gagahkan jugak dan paksa diri supaya suka
dengan apa yang aku buat. Setahun berlalu ok, masuk tahun kedua aku dah meronta
ronta nak keluar daripada sistem, tersiksa sangat hari hari aku dekat situ.
Tapi tak tunjukla, meronta ronta dekat dalam. Buat apa pun rasa tak kene ja.
Aku pun tak tau matlamat aku kat situ. Kesilapan demi kesilapan aku buat bukan
dalam keputusan. Dalam kepala aku time tu memang set, sama ada sambung belajar
atau masuk industri. Sampai la satu hari aku mengadap bos dan aku cerita apa
yang aku rasa. Aku siap bagitau aku nak resign. Ha ha ha gila kau. Sekali bos
aku remind aku, “you have 5 years bond with the institution and you just serve
2 of them”. Terpaksalah aku mengalah bila dengar dia punya hujah yang penuh
dengan kebenaran tu. Aku pun teruskan berkhidmat disitu dengan penuh masalah,
ha ha ha.
Part yang baiknya dalam kehidupan aku kat institusi ni
pulak, yang paling aku hargai ialah ia mengajar aku untuk lebih yakin diri.
Sesuatu yang bukan senang aku nak atasi. Sebelum ni aku memang takut nak
berkomunikasi dengan orang, terutamanya orang yang berjawatan. Dekat sini aku
belajar untuk lebih vokal menyuarakan pendapat, ofkosla bukan sekejap tapi
makan tahun jugak. Aku belajar nak buat eye contact dengan orang pada semua
peringkat dan aku cuba untuk terus jujur dengan diri sendiri. Aku belajar
berorganisasi, buat event event terutamanya untuk student aku, belajar untuk
kenal orang lain, belajar kenalpasti watak orang, belajar mesin, belajar
welding, belajar automotif, dapat kawan kawan yang best yang sampai sekarang
pun masih berkawan walaupun aku sekarang tenggelam timbul, belajar kenal hati
perempuan, dan yang paling tak best belajar politik pejabat hahahaha. Politik
pejabat ni kat mana mana pun ada. Masa aku kerja dekat sini aku pun muda lagi,
serius aku tak pandai nak adapt dengan politik pejabat ni. Tapi memang
terkesan, yela sebagai staff bermasalah dekat sini, ada jela yang nak bagi
nasik tambah kan. Walaupun begitu tak pernahla ada kes aku bergaduh dengan
orang lain pulak.
Aku teruskan berkerja dekat sini lebih 5 tahun jugakla,
sampai aku dah tak tahan sangat. 5 tahun tu, bonding pun dah abis, apa lagi
bagi surat kat bos dan terus angkat kaki belah. Ok, banyak lagi cerita cerita
yang jadi sebelum tu, tapi aku tak cerita la kat sini, lagipun aku pun dah tak
ingat sangat detailnya. Ko bayangkan letak surat terus belah. Segala mak nenek
notis pun aku tak tau. Ha ha ha.... memang tak profesional sungguh aku waktu
tu. Jenuh bos telefon suruh masuk kerja balik, serius aku tak hadap dah waktu
tu. Bos, aku mintak maap sangat sebab susahkan ko bos, ko memang baik bos, Cuma
aku je yang tak boleh sesuaikan diri dengan sistem dan aku tak menyesal pun
berhenti. Aku tak katala sistem tak bagus, Cuma bagi aku pada waktu tu, aku
memang dah target nak buat benda lain dan aku tak boleh nak happy dengan kerja
aku. Itu dekat tempat kerja, dekat rumah lagi teruk bahananya. Mak aku memang
bising sebising bisingnya, bapak aku, aku tak pasti. Jenuh dipujuk aku masuk
kerja balik, abang aku pun tolong pujuk. Tak jalan der, hahaha. Lama, memang
lama bising tu nak hilang. Orang orang terdekat semua tak setuju dengan
keputusan aku, katanya aku menolak tuah. Kerja dah elok elok bagus bagus boleh
pulak berhenti apa ko dah hilang akal ke apa ko nak hidup macam mana. Ayat yang
aku pakai nak tangkis segala tohmahan tu sampai hari ni ialah,” orang cina tu
tak kerja kerajaan pun hidup jugak”.(serius , korang jangan ikut benda tak
baik). Ok tuan tuan dan puan puan, aku tak kata kerja dengan kerajaan tak bagus
ye, malahan aku rasa kerajaan adalah antara majikan terbaik kat Malaysia ni.
Mana korang nak dapat segala kebajikan yang kerajaan offer kalau kerja tempat
lainkan. Mungkinla kalau korang kerja multi national company mungkin ok la kot.
Cuma, sekali lagi, aku tak boleh nak sesuaikan diri dengan sistem. Tatkala aku
tak kerja tu, wife aku pulak dapat offer mengajar, tapi secara kontrakla, okla
tu, maka bermula la era baru hidup aku sebagai seorang penganggur.
Kepada kawan kawan yang bersama sama dengan aku di institusi
ni pada waktu tu, terima kasih aku ucapkan untuk jasa jasa korang. Besar rahmat
yang Allah kurniakan aku dapat kawan kawan macam korang. Kepada mat got, jibam,
rani, panjang, pawi, napi, en shahrul, njak, en sepol, aza, pejei, dan kawan
kawan perempuan serta sesiapa saje yang tak tertulis di sini terima kasih aku
ucapkan teruskanlah usaha mendidik anak bangsa.
Kepada sesiapa yang ada anak, saudara mara dekat jauh, kawan
kawan yang ada masalah macm aku ni,korang jangan la push diorang sampai tak
boleh bangun. Kalau kami buat silap dan kami sedang terjatuh tolong lah kami
bangun, jangan bagi nasik tambah lagi. Benda boleh bincang, buat apa nak tolak
rebah lagi. Bagi la sokongan, tolong apa yang kita boleh. Kalau tak boleh
tolong jangan tambah susah. Kalau tak boleh doa baik baik jangan doa yang buruk
buruk. Sama sama hidup atas bumi tuhan sama sama cari makan.
#Part berikutnya nanti aku ceritakan macam mana aku jadi salesman dan masuk dalam heavy industry.
























No comments:
Post a Comment