Wednesday, July 25, 2018

Beli kereta baru tapi bau hancing.......


Assalamualaikum.........

Zaman sekarang ni, rata2 kita dah ada kereta sendiri. Kereta dah jadi keperluan dah untuk urusan kita setiap hari. Itu kalau 1 orang/family satu keretala kan. Kalau dah seorang ada 4 ke 5 biji kereta, itu dah jadi kehendak dah tu. Jadi, bila nak beli kereta ni, kene la fikir betul2 dulu, kena study, kena kaji. Kalau nak betul2 fikir nak beli kereta ni, macam2 nak kena fikir, contohnya;
1) kereta tu nak guna untuk apa
2)kereta segment apa yang nak dibeli
3)Warna kereta (penting ooo warna kereta)
4)Berapa kapasiti enjin@cc(nanti nak bayar roadtax)
5)Penyelengaraan@maintenance(harian,mingguan,bulanan,tahunan)
6)Ciri keselamatan (airbag,abs,ebd,isofix,bliss,tc,hsc,macam2 lagila)
7)Perbelanjaan(petrol/diesel,wear & tear, minyak hitam, belting, roadtax, insuran, tayar botak, tayar pecah, cermin retak
8)Top speed (ha3)
Macam2 lagila kalau nak fikir. Silap2 langsung tak jadi beli kereta. Tapi kali ini, aku bukan nak sembang pasal tu.


Kali ni, kita sembang pasal beli kereta baru tapi tak nak basah kene kencing.Kereta baru ye, bukan dari used car.


Mula2 sekali, buatla research sikit pasal harga kereta tu. Ingat ni, "on the road" price atau "OTR" atau "harga atas jalan". OTR, ni maksud dia harga jualan kereta tu termasuk, pendaftaran, cukai jalan@roadtax, insuran dan beberapa item lagi yang melayakkan kereta tu dipandu atas jalan raya. Kalau bukak website jenama kereta yang nak dibeli tu biasanya ada bagitahu OTR price ni. Ok, agak2 kalau dah sampai showroom tiba2 lupa pulak OTR nya, boleh mintak pricelist@senarai harga daripada Sales Advisor (SA)yang layan korang. Biasanya ada 2 price list.
1) Price list semua model kereta jenama tersebut. Biasanya dalam pricelist tu ada, harga OTR semua model kereta beserta jumlah downpayment 10%, bayaran bulanan untuk 5,7 dan 9 tahun dan jumlah pinjaman bank serta nama  dan no. telefon SA yang bantu kita untuk pengalaman jual beli tersebut.
2)Price list khas untuk satu model tersebut sahaja, contohnya Hondu Citu. Dalam tu ada breakdown semua kos2 yang terlibat untuk memiliki kereta tersebut. Dalam tu ada harga kereta, tax, bayaran pendaftaran, harga cukai jalan, harga insuran, bla3 sampai la dia tulis OTR price untuk model tersebut.


Part yang boleh kena kencing berdiri; OTR price ni penting ya untuk kita tau. Pernahla aku sembang dengan kawan, diorang ni nak beli kereta baru, downpayment dah bayar dah, tup2 SA telefon mintak tambah lagi duit RM500/RM1000/RM1500 la, berapa2 pun la, untuk kos insuran dan roadtax, nak register keretala dan macam2 lagila. Biasanya dalam keadaan macam ni, memang dah boleh bau2 hancing dah ni kalau sembang macam tu.
Ok ni ada kira2 mudah ye:
          Katakan: OTR price.            = RM50000
           maka downpayment 10% = RM 5000
           maka loan 90%                    =RM45000
Jadi, sepanjang urusan jual beli tu hanya RM5000 sahaja yang perlu dibayar. (Termasuk booking), selainnya ditanggung dalam pinjaman jual beli kereta tu lah.
Aku tak galakkan sesiapa untuk beli kereta full loan@100% loan ye. Lagipun kalau tak silap aku salah disisi undang2.(sila tanya yang ahli untuk pengesahan). Nak beli kereta wajib ada sekurang2nya 10% downpayment.
Sambung balik, sekarang downpayment 10%@RM5000 dah bayar, korang pun submit dokumen untuk buat loan dengan bank RM45000 (submit loan ni boleh buat sendiri atau SA yang uruskan). Bila tiba2 SA mintak lagi RM1000, contoh, dan kata nak buat roadtax dan insuran, apa jadi, jadinya dah terlebih bayarla. Ingat, OTR price tadi dah termasuk sekali roadtax dan insuran ya. Dah bayar roadtax dan insuran dua kali. Benda ni memang selalu jadi, terutamanya yang first time nak beli kereta baru. Apa pun tak tau, ikut je cakap orang.


Senario lain, katala kereta tu ada promosi rebate. Kadang, pengeluar kereta ni ada buat promosi untuk lariskan jualan. Salah satunya rebate. Boleh semak promosi ni dekat website pengeluar kereta ni. Biasanya ada bagitau. Rebate ni boleh range dari RM500 - RM10000 atau lebih lagi. Ikut suka diorang la nak bagi banyak mana pun. Rebate tu lebih kurang macam diskaunla. Tapi pengeluar kereta tak boleh panggil diskaun kena panggil rebate. Sebabnya, tanyala pada yang ahli ye, aku pun kurang arif.


Ingat tak aku bagitau downpayment wajib sekurang2nya 10%. Bila ada rebate ni, bayaran downpayment boleh dikurangkan atau tak payah bayar langsung bergantung kepada jumlah rebate ye. Contoh: katakan Hondu Citu tadi ada rebate RM2000. Jadi downpayment tadi cuma perlu bayar RM3000 sahaja Kira2:
                  D/P asal    = RM5000
                  Rebate.     = RM2000
                  D/P wajib = RM3000
Boleh jadi, dalam urusan pembelian, pembeli yang tak alert dengan hebahan promosi terkini akan dibasahi lah ye, sebab boleh jadi, pembeli tak dapat pun rebate tadi atau dapat sebahagian sahaja. Sebagai pengguna bijak, buatla sedikit kajian dan tanyalah SA anda promosi2 terkini. Rebate itu hak anda.


Seterusnya, urusan pembayaran. Segala urusan pembayaran, booking@downpayment, sila dapatkan resit rasmi bercetak daripada pejabat pengedar tersebut. Resit2 kosong beli dekat kedai 2hinggit tulis tangan depan korang sila tolak sama sekali, walaupun ada cop rubber stamp SA bagai. Resit rasmi bercetak menandakan urusan pembelian korang dah masuk ke dalam sistem data pengeluar/pengedar kereta. Ini mengurangkan risiko korang dihancing ye. Bayangkan korang bayar downpayment RM5000 dan dapat resit kedai 2hinggit je, tiba2  tak jadi nak beli kereta, nak beli kereta pengeluar lain ke, ada emergency ke, apa pun lah sebabnya dan SA korang pulak hilang tiba2 ntah ke mana, dekat siapa korang nak tuntut duit tu. Nak tuntut kepada pengedar/pengeluar dah tak boleh sebab diorang takde bukti pembayaran rasmi. Time tu, resit kedai 2hinggit tu memang tak laku geng. Jadi jangan ambik risiko tu. Sebaiknya duit downpayment tu bayar terus dekat kerani kewangan yang bertugas dan mintak resit rasmi siap2. Boleh geng. He3.


Bila dah siap semua tu, loan pun dah lepas, biasanya korang kene tunggu stok kereta yang korang tempahla. Kalau ready stock biasanya cepatla keluar kereta baru tadi. Yang jadi lambat ni selalunya sebab, model yang korang tempah tu hot item, warna kereta yang jugak hot item, spec yang hot jugak. Jadi kena tunggula sikit. Kalau korang rasa lambat sangat tunggu tak dapat2 lagi, bolehla follow up dengan SA tu.  Biasanya dah sampai step ni takde dah nak bau2 hancing kalau step2 awal tu semua ok. Tunggu je la SA call bagitau kereta dah ready dah siap register dan dah boleh collect. Ha3 kereta baru geng.


Sebelum terlupa, kepada bakal2 pembeli, kalau boleh korang jangan la kelepet SA korang sampai soa tak boleh bernyawa. Macam2 free gift korang mintak, sampai habis komisen dia korang ratah. Agak2la kan. SA pun nak hidup jugak, ada tanggungan jugak, jadi bila korang dah start kelepet diorang banyak sangat sampai ke tenggoroknya, ketahuilah, itulah saat korang akan start basah hancing. Kalau SA boleh layankan semua permintaan korang tu, bersedialah untuk terkena, melainkan memang komisen kereta tu 2 kali ganda harga kereta tu lah. Ha3. Ada ke?



Kepada SA kat luar sana, tulisan ni bukan nak susahkan sesiapa pun. Cuma nak educate pembeli supaya membeli dengan bijak. Kalau kita jujur orang lain pun jujur, semua orang senangkan. Aku yakin kita ni semua jujur dan amanah. Pembeli happy dapat kereta baru, SA pun happy komisen tak luak.

Akhir kata, kita mengharapkan negara kita ditadbir oleh orang yang jujur, amanah, telus dan adil jadi kita pun kenala jujur, amanah, telus dan adil.


Ok geng jumpa lagi di entry berikutnya.


Friday, July 13, 2018

Aku, Dia dan Rokok


Assalamualaikum.
Aku, jujur aku tak pernah merokok. Pernah cuba sekali tapi tak berjaya. Ha3. Sejujurnya lagi aku tak jumpa apa2 motif untuk hisap rokok ni. Kawan2 dan keluarga, ini cuma pendapat dan pengalaman aku dengan rokok dan perokok, "no hard feeling" ye.

Bagi aku,  aku tak jumpa langsung alasan untuk aku merokok, melainkan untuk tidak merokok. Pernah jugak tanya kawan2 yang merokok, apa sebab diorang merokok, jawapan yang aku dengar biasanya takde yang munasabah pun, pada akula.
"Dah biasa, kalau tak merokok rasa tak kena, saja2, feel ooo hisap rokok lepas makan". Ha3.

Aku tak pernah larang pun orang nak merokok sebenarnya, kecuali bapak akula sebab aku rasa rokok ni dah mengganggu tahap kesihatan dia. Lagipun aku tau orang yang dah merokok lama ni memang susah nak berenti merokok. Kalau ditanya bahaya merokok ni kepada perokok, diorang pun tau bahayanya. Ha3. Terang2 terpampang gambar risiko merokok kat kotak rokok tu kan. Tapi, tetap jugak nak ambik risiko tu, "unnecessary risk" kata orang jawa yang kerja sebagai doktor.

Jadi, kenapa perokok masih ambik risiko tu, ntah...... diorang je dapat jawab soalan ni. Walau bagaimanapun, risiko tu bukan peroko je yang dapat, orang sekeliling pun kena jugak. "Secondary smoker" kata mat kelantan yang duduk "key ell". Benda ni pun ramai orang tau termasuk akulah. Ha3. Tapi aku masih biarkan diri aku dikelilingi asap rokok.  Zalimkan aku. Haishhhhh......

Sebenarnya aku ni serba salah nak tegur, kawan2 kan. Nanti tak berkawan pulak aku, kena cop poyola, sialla bagai. Ha3. Itulah masalahnya. Orang lain isap rokok, orang lain dapat penyakit. Lagipun masing2 dah besar berakal. Kalau budak sekolah rendah yang hisap boleh jugakla aku lempang sedas dua. Ha3, lepastu kena serang pulak dengan bapak dia. Ohhh.... dunia.
Jadi macam mana.

Ok, itu kalau kawan2, kalau orang yang tak kenal pulak macam mana. Ha3. Mau bertumbuk pulak kalau tegur. Ye ke? Ikutla, aku pernah cuba, ada yang ok, paham dan stop atau pergi tempat lain. Ada yang usha aku macam dalam kepala dia cakap, "kecik,besar,kecik,besar je aku tengok mamat ni". Ada jugak yang terang2 nak kan jugak HAK dia merokok. Ha3. 

Keluarga dan kawan2. Merokok atau tak anda tetap keluarga dan kawan2 aku. Takkan pasal rokok kita nak masam muka pulak kan. Cuma kalau boleh, berentila merokok. Kalau korang ada 1 alasan untuk merokok aku percaya korang jugak ada 1000 alasan untuk tak merokok. Kalau nak merokok jugak, perhatikanla orang sekeliling yang tak merokok. Carila tempat yang sesuai. Jom kita hargai nilai kesihatan, untuk kita dan orang sekeliling kita.

Dia, dia bukan perokok. Isteri dan anak2. Siapa tak sayang keluarga kan. Untuk kelurga kecik aku ni, aku memang cuba sedaya upaya elakkan diorang daripada asap rokok. Tapi lagi kita cuba elak, lagi tu jugakla dia datang. Biasanya jadi kalau kita makan dekat luar/kedai.  Meja sebelah2 ni biasa mesti ada yang merokok. Memang habit kan, lepas makan nak kena hisap rokok tu. "This is the biggest fail" la kalau kami keluar makan. 

Kadang2 aku bagitaula dekat perokok berdekatan, yang aku ni bawak keluarga, ada anak2. Ha3. Yang masalahnya dia pun bawak anak jugak. Apala yang nak diharapkan lagi, anak dia pun dia tak kesah, anak kita apakan lagi. Tapi biasanya aku ubah positionla, yang aku rasa boleh bebas asap rokok atau cancel order terus. Pernah jugak mintak dekat tokey kedai favorite kami makan supaya dia buat zon tanpa rokok dan zon rokok. Pada aku ni "win-win situation" la kan. Yang tak merokok boleh makan dengan tenang yang merokok pun boleh bergembira dengan kehidupan diorang. Tapi, tokey kedai pun merokok. Ha3.
Jadi marilah kita sama2 hormati antara satu sama lain. Biar sama2 happy. Kita usahala daripada diri kita sendiri. Semua dah besar berakal, boleh fikir baik dan buruk.

Rokok. Rokok ni macam2 brand ada. Daripada semurah2 harga sampaila semahal2 harga. Aku pernah jumpa foreigner yang kata rokok dari malaysia ni heavy gila sampai dia tak boleh hisap. Pernah jugak jumpa kawan2 malaysia yang cuba rokok luar negara yang sama brand di malaysia kata rokoknya tak rasa apa. Ha3. 1 to 1 comparison ya. Dunhill dengan Dunhill. 
Jadi!!!Marilah kita menjaga kesihatan diri dan jugak orang lain. La ni hang tak sakit hang kata hang okla, nanti2 hang dah melepek ataih katil, berak kencin pun orang lain handle, hmmmmmm....... dah terlambat tuan.
Lagi satu, Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Syarak di kebanyakkan negeri di Malaysia menyatakan merokok itu haram.

Sekian.

Klinik berhenti merokok
http://jomquit.moh.gov.my/mquitcenters?lang=ms

Fatwa merokok
http://e-smaf.islam.gov.my/e-smaf/fatwa/fatwa/find/3







Wednesday, July 11, 2018

Tidur seorang

Malam ni mata langsung x boleh nak lelap. Jenuh pusing bergolek nerap nonggeng atas katil haram idak mau tido.
Kepala pulak ligat ngenangkan dosa2 yang tah berapa banyak buku dah kene tulih, utang2 yang idak setel2 lagi, mak abah yang jauh di mata, adik beradik yang lama tak jumpa, kawan2, badan yang x selim2,
Tiba2 teringat satu kejadian masa duduk asrama dalam umur yang dah x muda ni dalam 2tahun lepas.

Masa tu hari minggu, budak2 bilik semua takde. Datingla, balik kampungla, lantak le deme.

Siang tu hari berlalu macam biasa je. Makan tido makan nyembang lagho tido makan balik hari pun malam. Ha3.
Selesai je urusan malam tu aku pun macam biasa aku pun masuk tido lagi.

Elok udah lelap, tak tau la pukul berapa tiba2.....
Dari kepala katil ada bunyi mengeruh, macam orang nahan marah pon ada. Saspen kome wei.
Gitu2 pun bangun juge la nak nengok kot kengkawan tak gune mana yang nak ngaco. Haram x mandang sapa pun.
Lantakla. Baru je rasa nak lelap balik udah rasa bantai kene tarik pulak. Aje handei kome.
Tapi sape haram pun xde dalam bilik tu selain aku.
Lalu aku pun buat keputusan.....
Benda ni x boleh jadi.
Aku pun terus sambung tido balik. Ha3.
Nasibla esoknya baru bangun. Idak dikaco2 dah.
Sekian.

Aku x boleh tido.
Nasib bulan posa xde setan kalo x, x berani juga nak nulih pukui 3 pagi ni.
Ini cerita betoi. (Tapi aku xtau sape yang kaco)
Still x boleh tido.
Gambar hiasan semata mata
Assalamualaikum.

Testing, testing

Cubaan, cubaan

EMPLOYER VS EMPLOYEE PART - 2

Part #2 Setelah aku berhenti dari kerja dengan kerajaan, bermulalah karier aku sebagai seorang penganggur. Rutin aku masa ni adalah h...