Monday, August 20, 2018

Nabi Musa A.S

Assalamualaikum W.B.T


Dah lama jugak aku tak update blog ni. Jadi sebab dah ada bahan baru aku pun nak update la. Hari ni aku nak cerita pasal Nabi Musa A.S. Aku pasti ramai yang lagi arif daripada aku kisah2 para Rasul ni, tapi aku nak cerita jugakla, cara aku cara santai, supaya kalau yang dah tau boleh tengok perspektif yang lain sikit, yang lupa boleh ingat balik dan yang tak tau boleh sama2 tambah pengetahuan.

Cerita ni aku dapat daripada bahan bacaan, youtube, fb, animasi, kuliah, sembang dengan anak2 dan macam2 sumber lagi. Aku tak arif bidang ni, jadi kalau salah tolong betulkan.

Lets begin.

Nabi Musa a.s hidup pada zaman Firaun Mesir. Bedasarkan kisah mak Nabi Musa a.s yang hanyutkan baginda di Sungai Nil.

Semasa Nabi Musa a.s dilahirkan, waktu itu Firaun tengah sibuk arahkan askar2 dia untuk bunuh semua bayi lelaki dari keturunan bani Israel. Ya tuan2 dan puan2 Nabi Musa a.s adalah dari keturunan bani Israel. Sebab apa Firaun nak bunuh bayi2 lelaki ni, sebabnya Firaun ada mimpi, yang tafsir mimpi oleh tukang tilik Firaun ni cakap ada seorang bayi dari keturunan bani Israel akan dilahirkan dan akan menghancurkan Firaun dan kerajaannya. Itula sebabnya.

Sebab takut Nabi Musa a.s kena bunuh, maka mak Nabi Musa a.s hanyutkan baginda dalam bekas ke Sungai Nil (ilham dari Allah). Mak Nabi Musa a.s ni risau sangat, jadi mak baginda mintak kakak Nabi Musa a.s nama Maryam pergi ikut bekas yang dihanyutkan tu. Ikut punya ikut, Maryam nampak bekas tu hanyut ke kawasan istana Firaun. Kebetulan, pembantu Aishah isteri Firaun yang jumpa. Maryam pun bagitau apa yang jadi dekat emaknya.

*Zaman Firaun ni, golongan bani Israel cuma hamba yang hina je untuk Firaun dan orang Mesir. Bani Israel memang diseksa terukla.

Bila pembantu Aishah jumpa bekas tu, diorang pun panggil Aishah untuk tengok apa yang diorang jumpa. Bila Aishah bukak je bekas tu, nampakla seorang bayi lelaki. Aishah terus jatuh cinta dengan bayi tu. Sebabnya sepanjang Aishah kahwin dengan Firaun diorang belum lagi dapat anak. Sehebat kuasa viral kita zaman teknologi ni , berita Aishah jumpa bayi dari sungai Nil cepat je sampai ke telinga Firaun. Firaun terus syak, yang bayi lelaki tu mesti dari golongan Bani Israel. Jadi Firaun perintahkan tentera dia bunuh bayi tu.

Tapi sesungguhnya kuasa pujukan seorang wanita terhadap lelaki memang kita tak boleh nafikan. Hebatnya Aishah memujuk sampai Firaun yang sangat2 la zalim tu tak jadi nak bunuh bayi tu.

Oleh sebab Nabi Musa a.s waktu tu dah berapa lama tak menyusu, menangisla baginda sebab lapar. Jadi Aishah dan Firaun perintahkan supaya panggil ibu susuan. Tapi Nabi Musa a.s tolak, tak nak menyusu. Banyak ibu susuan datang cuba nak susukan tapi semua tak berjaya.

Di rumah mak kandung Nabi Musa a.s pulak, mak baginda risau sangat sebab ye la dahla dia hanyutkan Nabi Musa a.s ke sungai dah tu mesti lapar tak menyusu lagi. Mak Nabi Musa a.s pun mintak Maryam pergi istana Firaun tengok keadaan Nabi Musa a.s.

Sampai je Maryam di istana, Maryam dapat tau apa yang jadi, Aishah dengan Firaun tengah cari ibu susuan untuk Nabi Musa a.s. Jadi Maryam pun jumpa Aishah dan tanya nak tak kalau dia tunjuk seseorang yang boleh jadi ibu susuan dan menjaga bayi itu dengan baik. Aishah pun setuju. Jadi Maryam pun balik rumah dan bawak mak dia datang. Bila maknya cuba susukan, terus Nabi Musa a.s menyusu sampai kenyang. Gembiralah Aishah. Aishah cakap, susukan lah dan jagalah sampai abis tempoh susuan kemudian hantar dia balik ke istana.

Hebatkan rancanganNya.

Sampai je tempoh habis menyusu, Nabi Musa a.s balik ke istana Firaun. Aishah dan Firaun pun bela Nabi Musa a.s. Kerajaan Mesir Firaun masa tu adalah kerajaan yang paling maju yang paling moden. Bisnes bagus, binaan hebat2, emas dan duit banyak. Jadi Nabi Musa a.s terima pendidikan dan kemudahan yang terbaik masa tu. Sampai la Nabi Musa a.s membesar dengan sihat dan kuat. Tapi Nabi Musa a.s tak pernah ikut kaum Mesir dan Israel sembah Firaun dan berhala. Bila dah besar tu, Nabi Musa a.s tak tau lagi yang baginda sebenarnya bukan anak Aishah dan Firaun, sampaila suatu hari masa Firaun umumkan siapa yang akan naik takhta Firaun bila dia tak ada nanti

*Firaun ada 2 orang isteri. Yang pertama Aishah dan yang kedua Nefirtiri. Selepas Aishah jumpa Nabi Musa a.s , Aishah mengandung dan dapat anak dan Nefirtiri pun ada anak jugak.

Masa pengumuman tu, Firaun bagitau siapa yang akakn gantikan dia, aku tak ingat siapa, tapi yang pasti bukan Nabi Musa a.s. Nabi Musa a.s pun terkejutla, sebab kalau ikutkan dia la yang patut dapat sebab dia anak sulong. Baginda pun tanya kenapa bukan dia. Aishah dah mula sedih, Aishah cakap dekat Firaun jangan cerita hal sebenar. Last2 Firaun cakap, sebab kamu bukan anak kandung aku yang layak naik takhta mesti asalm dari benih ku sendiri. Firaun sambung lagi, kalau kamu nak kepastian jumpalah tukang tilik.

Lepas daripada tu Nabi Musa a.s pun pergi jumpa tukang tilik. Tukang tilik pun cerita perkara sebenar dari masa Nabi Musa a.s dijumpai. Nabi Musa a.s sedihla bila tau cerita sebenar, baginda pun keluar dari istana dan pergi ke rumah ibu susuan dia, mak kandung dia. Tapi Nabi Musa a.s tak tau lagi. Bila jumpa je, Nabi Musa a.s pun cerita apa yang berlaku di istana. Bila mak dia dengar,mak dia pun sedih jugak. Jadi mak dia pun ceritala sebenarnya Nabi Musa a.s tu anak kandung dia. Masa ni la baginda tau yang Maryam tu kakak dia dan Nabi Harun a.s tu abang dia. Ye, Nabi Harun a.s tu abang kandung Nabi Musa a.s.

*Nanti bila kedua2 nabi start berdakwah Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s gerak sekali sebabnya permintaan Nabi Musa a.s sendiri. Nabi Harun a.s baik pertuturannya tapi Nabi Musa a.s ada masalah berbicara sebab masa kecik baginda ada kemam bara api kan.

Bila baginda dah tau cerita sebenar, Nabi Musa a.s samada jarang balik istana atau tak balik istana dah la. Baginda duduk dengan keluarga kandung. Suatu hari, masa Nabi Musa a.s berjalan jalan, baginda nampak ada seorang pemuda Bani Israel dan seorang pemuda Mesir tengah gaduh. Pemuda Bani Israel tu nampak Nabi Musa a.s dan mintak tolong baginda. Tengah tolong tu, Nabi Musa tumbuk pemuda Mesir, mati. Mati orang Mesir tu. Tapi Nabi Musa a.s tak sengaja. Jadi baginda pun takut sangat. Kebetulan masa tu tak ada orang selain 3 orang tu la. Nabi Musa a.s pun lari. Dia sembunyikan kejadian tu supaya tak ada orang tau. Nabi Musa a.s menyesal sangat2, baginda pun janji taknak buat salah lagi dan taknak tolong orang yang bersalah.

Cerita pemuda Mesir kene bunuh tu sampai ke pengetahuan Firaun. Firaun syak ni mesti kerja Bani Israel ni. Firaun perintahkan cari pembunuh tu supaya dia boleh hukum. Pengikut Firaun pun carila

Satu hari, masa Nabi Musa a.s masih lagi dalam ketakutan sebab insiden bunuh tu, baginda berada di kota. Masa tu dia nampak pemuda Bani Israel yang dia tolong sebelum ni tengah bergaduh lagi. Masa tu baginda sedar yang pemuda Bani Israel yang dia tolong tu sebenarnya memang suka cari pasal, macam gengster la kot. Kebetulan, pemuda Bani Israel ni nampak Nabi Musa a.s dan mintak baginda tolong macam sebelum ni. Nabi Musa a.s cakap yang baginda takkan sekali buat jahat lagi dan baginda takkan tolong orang yang salah. Pemuda Bani Israel tak puas hati, dia cakap kenapa tak nak tolong, nak dia bagitau ke baginda yang bunuh orang Mesir hari tu. Kebetulan ramai orang Mesir kat situ dengar. Kan Firaun dah perintahkan supaya tangkap orang yang bunuh tu. Sebab ketakutan yang amat sangat Nabi Musa a.s pun lari meninggalkan Mesir menuju ke...........

Ok geng, nanti kita sambung lagi waktu Nabi Musa a.s jumpa Nabi Shuib a.s
Panjang lagi ni.

P/S: walaupun Bani Israel ni jadi hamba hina je masa zaman Firaun yang zalim tu, tapi diorang ni tetap jugak sembah berhala, minum arak, berjudi, main perempuan san sebagainya.


EMPLOYER VS EMPLOYEE PART - 2

Part #2 Setelah aku berhenti dari kerja dengan kerajaan, bermulalah karier aku sebagai seorang penganggur. Rutin aku masa ni adalah h...